spacer.png, 0 kB
Home arrow Arkib Wasiat Prepaid4u arrow Wasiat Bulan Ogos 2007

Subscribe Newsletter

Subscribe to our newsletter module to get latest update of this tutorial site.










MFactor - Online Business Management

MFactor - Online Business Management

CarMania - Collection of Popular Info

Prepaid4U - Perniagaan Di Hujung Jari

Forum Prepaid4U - MyMode Agents Discussion Board

Speedfinger Portal - Portal Infotaintment Remaja Malaysia

How2Do - Collection of Popular Tutorials

Malaysia Popular Info

Prepaid4U Statistic Site

MyMode Tutorials & Mobile One Stop Center

Latest Comment

No comment...
spacer.png, 0 kB
spacer.png, 0 kB
Wasiat Bulan Ogos 2007 PDF Print E-mail
Written by MyMode Prepaid4U Tutorial   
Tuesday, 15 April 2008

__________________________________________________________________________

PERHATIAN!!
Admin: Segala info dalam Newsletter ini adalah merujuk kepada masa di mana ianya ditulis. Sesetengah
kenyataan dan informasi (cth: nombor gateway, pengumuman, promosi, pakej dan sebagainya) berkemungkinan tidak
boleh lagi diguna-pakai untuk situasi sekarang. Ianya di terbitkan di sini hanya untuk rujukan sahaja.
Harap Maklum.
__________________________________________________________________________

 

Salam sejahtera,

Semoga tuan/puan berada dalam keadaan sihat walafiat disamping menjalankan aktiviti perniagaan dan kehidupan harian.Anda mendapat email ini kerana anda merupakan AHLI VIP di portal Prepaid4U.Net dan merupakan Agent MyMode yang bernaung di bawang kumpulan kami. Tenangkan fikiran anda dan baca perlahan-lahan supaya apa yang ingin saya sampaikan lebih mudah untuk difahami. :)

UserID anda: ____________

Password Anda:
_____________
Web Replika anda: http://prepaid4u.net/?id=____________


Untuk Wasiat Bulan Ogos 2007, terdapat beberapa perkara yang ingin saya kongsikan.

1) Kelebihan dan cara-cara menggunakan iTalk
2) Mymode Freedom Mastercard. Apa kelebihan dan bagaimana untuk mendapatkannya.
3) MyBulletin Mymode
4) Berita terkini web Prepaid4U.Net
5) Tips dan motivasi

Kelebihan dan cara-cara menggunakan iTalk

Mesti anda pernah tengok iklan iTalk ni kat TV. Tapi mungkin masih ramai yang masih belum guna produk ni. iTalk ialah kad untuk membuat panggilan, sama seperti Kadfon yang kita guna di pondok telefon. Bezanya, iTalk tidak perlu dimasukkan kedalam slot telefon awam, sebaliknya boleh digunakan dari telefon talian tetap dan juga dari mana-mana handphone yang guna apa-apa line pun. Yang menjadikannya jimat ialah kadar panggilannya iaitu dari RM 0.18 ke RM 0.25. Ianya jauh lebih murah dari kadar panggilan biasa kerana panggilan dibuat menggunakan Voice Over Internet Protocol (VoiP). Dan sebagai agent MyMode, kita semua maklum bahawa PV untuk produk Italk adalah jauh lebih besar dari PV prepaid reload. Jadi anda kena faham kelebihan dan cara menggunakannya supaya anda boleh memperkenalkan produk ini kepada orang lain.

P/s:kalau kita pakai maxis, topup terus rm30 sebab tahan 30 hari, kalau nak call guna i-talk mobile, kalau SMS guna la kredit prepaid maxis kita.. cuba la.. Memang lebih efficient.

Product Listing
*Effective 10.08. 2007

 
Prepaid Card

Product code

DESCRIPTION

RETAIL PRICE (RM)

MYPOINTS VALUE

VALIDATION PERIOD

IM10

iTalk Mobile 10

10.00

1.10

10 days

IM20 iTalk Mobile 20 20.00 2.20 20 days

IM30

iTalk Mobile 30

30.00

3.30

40 days

IM50

iTalk Mobile 50

50.00

5.50

90 days

Untuk membeli produk iTalk Mobile, caranya seperti dibawah:

Caranya:
a. Pergi ke "Write Message"
b. Taip: PIN<>KODPRODUK<>KUANTITI
Contoh:
1234 iM30 1

Send ke mana-mana GATEWAY Mymode dibawah:
0123051933, 0123868507, 0173660800 atau 0123033076 (untuk agent yg menggunakan talian maxis)
0193801633, 0192649311, 0132757700 atau 0196933199 (untuk agent yg menggunakan talian celcom)
0162018555 atau 0162281292 (untuk agent yg menggunakan talian digi)

* Untuk senarai GATEWAY terkini, sila rujuk dari Mobile Lounge Mymode.

Anda akan mendapat pin # dari pembelian tadi.


1.Bagaimana nak key in pin# utk reload
--------------------------------------
Dial 1 800 87 3535
Ikut arahan utk masukkan pin#
Lepas tu dah boleh buat call.

2.Bagaimana nak buat call (Cara ini, charge akan dikenakan bile call no 1 800 87 3535)
--------------------------------------------------------------------------------------
Dial 1 800 87 3535
Ikut arahan
Masukkan no destinasi dan diikuti dgn #
Line disambungkan

3.Bagaimana nak buat call (Cara ini, charge tidak akan dikenakan, charge hanya utk iTalk bila call di sambungkan)
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Dial 1 800 87 3636/1 800 87 3366
Line akan auto disconnect
iTalk akan callback kita, angkat dan ikut arahan.
Masukkkan no destinasi dan diikuti dgn #
Line disambungkan

Note: Utk cara ketiga, utk pertama kali, anda perlu aktifkan no telefon anda dgn iTalk, caranya, sila rujuk item 4

4.Aktifkan No Telefon Utk iTalk utk guna servis Callback iTalk (Aktifkan sekali sahaja)
----------------------------------------------------------------------------------------
Dial 1 800 87 3535
Pilih bahasa
Masukkan no pin# (utk)
Pilih 'Menu' (ikut arahan ialah tekan *)
Pilih utk aftifkan no handphone dgn tekan 5



Mymode Freedom Mastercard. Apa kelebihan dan bagaimana untuk mendapatkannya.

MyMode Freedom Mastercard adalah merupakan 'Prepaid Mastercard'. Ia merupakan kad generasi ketiga selepas CreditCard dan DebitCard. Beza antara creditcard dengan prepaidcard kita semua maklum. Cuma ada antara kita yang keliru andara Debitcard dengan Prepaidcard. Untuk mendapatkan Debitcard, anda perlu mendaftar dan membuka akaun dengan sesuatu bank sebaliknya Prepaidcard tidak memerlukan kita untuk membuka akaun. Syarat yang dikenakan untuk memiliki prepaid mastercard juga jauh lebih ringan (hampir tiada). Jadi kepada sesiapa yang menghadapi kesukaran untuk memohon creditcard akibat penyata pendapatan tidak memenuhi syarat, dan lain-lain sebab, Freedom Mastercard Mymode adalah jalan penyelesaiannya.

Namanya: FREEDOM MASTERCARD.
Usahasama: MYMODE, EON Bank, MOL, MOL Safepay, EBay.com.my dan PULSE
Joining fee untuk existing mymode agent: RM38
Anual Fee: RM20, tetapi free untuk 2 tahun. untuk tahun berikutnya juga akan dikecualikan sekiranya kita guna card tu at least 12 kali dalam tempoh 12 bulan.
Initial topup: RM50
Maximum topup: RM10,000
Reload fee: EON Bank & EONCAL islamic bank = FREE, 7Eleven outlets = RM4, Cirrus ATM = RM2.
ATM Witdrawal: EON Bank & EONCAL islamic bank ATMs = FREE, Cirrus ATM = RM10.
Reloads channel: EON Bank & EONCAL islamic bank (counters, ATM, Cash deposit machine, funds transfer), Maybank2u, RHB Bank online, CIMB,Hong Leong bank, public bank, Giro interbank transfer, 7eleven, onepoint, pospay, MOLePoint center dll.

Benefit lain:
- insuran kemalangan diri RM3000 utk 12 bulan.
- Mata ganjaran 'bonus plus' utk tebus hadiah
- pengeluaran tunai dari semua atm EON Bank & EONCAL islamic bank atau yg mempunyai logo cirrus
- discount dari kedai2 yg mengambil bahagian dan banyak lagi.
 

Cara-cara dan simulasi kronologi bagi mendapatkan FREEDOM Mastercard Mymode (Edit sket dari posting saudara kenoi12 kat Forum Prepaid4u)

1. anda menghantar sms PIN<>FD (contoh: 1234 FD) ke gateway.
2. anda menerima reply sms drpd gateway dan ditolak 38myp drpd akaun mymode anda.
3. pihak HQ (Mymode) akan mengepos borang permohonan kad debit terus ke rumah anda.(dalam tempoh 3,4 hari bekerja. Sentiasa followup dengan AIC Mymode ditalian 03-42702703 utk bertanyakan samada diorang dah poskan borang anda atau belum.)
4. setelah menerima borang drpd HQ, anda dikehendaki mengisi borang DENGAN LENGKAP dan disertakan salinan IC.kemudian poskan SEGERA ke HQ semula dengan menggunakan sampul surat beserta stem yang telah disediakan.
5. Borang yg telah diposkan mengambil masa sekurang²nya 2-3 hari untuk sampai ke HQ Mymode.(kalo nak cepat hantar pakai POS EKSPRESS dalam sehari je leh sampai ke HQ!)
6. borang yang telah diterima HQ akan direkodkan terlebih dahulu oleh pihak Mymode dan kemudiannya akan di hantar ke Eon Bank untuk proses seterusnya.(ambil masa 2-3 hari bekerja bergantung dengan kecekapan pekerja di HQ)
7. borang permohonan diterima oleh pihak Eon Bank dan proses dokumentasi dan rekod dalam sistem bank serta proses pengeluaran kad debit dilakukan.(nama anda pon dicetak di atas kad!)
8. kad yang telah siap beserta NO. PIN akan dihantar ke rumah anda dengan perkhidmatan kiriman laju oleh pihak bank.
9. Anda akan mendapat pengesahan dari GATEWAY yang card anda telah diaktifkan dan juga anda akan menerima akses dan katalaluan untuk melayari portal MOL. contoh sms: Your MOL Username: (017XXXXXXX), Password: (aa34a9). You can use this to login to www.mol.com/freedom.

P/s: di web MOL (http://www.mol.com) anda boleh membeli produk DiGi dan lain-lain produk di MOL dengan menggunakan MOLePoints. Untuk perbincangan lanjut berkenaan isu ini, sila ke http://forum.prepaid4u.net
 

 

 

MyBulletin Mymode

Sempena Promosi Merdeka, diskaun 50% akan diberikan bagi setiap langganan MyBulletin dari 1 Ogos hingga 31 Oktober 2007.  Harga biasa cuma RM10 untuk 4 keluaran. Ini beerti dalam tempoh promosi cuma RM5 untuk 4 edisi. Jangan lepaskan peluang ini.

Langgan MyBulletin sekarang sebelum tamat tempoh promosi.     

Kenapa anda perlu melanggan MyBuletin?
1) Banyak info-info terbaru akan dimuatkan dalam majalah berkenaan.
2) Terdapat informasi berkenaan promosi-promosi terbaru dari pihak syarikat.
3) Berita-berita kejayaan dan testimoni Agent yang telah berjaya.
4) Panduan SMS, dan soal jawab bersama AIC Mymode
5) Maklumat tetap akan sampai kepada anda walau ceruk mana sekalipun anda berada.
6) Majalah ini juga boleh dijadikan medium untuk menarik minat agent baru dan meyakinkan prospek tentang syarikat Mymode.

Cara untuk melanggan MyBulletin:

Taip : PIN<jarak>MB<jarak>W<jarak>alamatlengkap
Contoh: 1234 MB W No.4 jalan mati, 34444 kluang, johor.


* E utk Sabah & Sarawak
* W utk Semenanjung
* Alamat lengkap tu siap no.umah,jln,poskod,negeri,negara (sbb kang takut tk smpai lak)
* Send kat gateway


 

Berita terkini web Prepaid4U.Net

1) Guideline Lengkap MyMode Prepaid4U 3.1.2 (english version) sudah boleh dimuat turun dari STARTERKIT. Sila rujuk versi terbaru kerana terdapat banyak pembaharuan terutama no akaun maybank mymode yang telah bertukar.

2) Prepaid4U Rank. Di halaman utama web Prepaid4U.Net anda boleh melihat ranking Agent-agent Mymode yang bernaung dibawah kumpulan Prepaid4U.

3) Prepaid4U dengan rasminya menjadi Authorized 3rd Party web MyMode. Lihat buktinya disini: http://www.mymode.com.my/html/new/index.jsp

4) Kini untuk ahli percuma Prepaid4U terdapat 3 cara membuat pembayaran untuk UPGRADE VIP. Iaitu melalui UPLINE, Melalui Admin Prepaid4U dan juga Melalui MYMODE. Untuk melihat secara lebih detail, buka web www.prepaid4u.net login menggunakan:
UserID: test123
Password: test123
Kemudian klick menu UPGRADE VIP.

5) Sistem Randomizer Prepaid4U.
Beberapa perubahan telah dilakukan kepada script portal kami bagi memastikan satu sistem yang lebih adil dimana yang bersungguh-sungguh nak buat MyMode, maka wajar diberi keutamaan. Untuk menerangkan perihal ini saya akan menunjukkan keadaan sistem sebelum dan yang sekarang yang kita gunakan.


Keadaan Sebelumnya.
Setiap orang yang menjadi Ahli VIP Prepaid4u akan mendapat giliran dalam Downline Percuma iaitu hasil dari kemasukan pelawat ke web Prepaid4U tanpa referral website melalui sistem randomizer (pemilihan upline secara rawak). Masalah timbul apabila jumlah ahli vip kita kini terlalu ramai iaitu sehingga melebihi 18000 orang (dan makin meningkat) dan ini menyebabkan peluang untuk setiap orang untuk mendapatkan downline percuma adalah 1/18000. Amat tipis. Tambah malang apabila prospek tadi jatuh kepada mereka yang tidak aktif, atau istilah lain 'mati/tidur'. Maka sudah pasti prospek tadi akan disia-siakan kerana tidak di follow-up dan dibiarkan 'LOST' tanpa bimbingan seterusnya. Sedangkan dalam masa yang sama upline yang sangat aktif tidak mendapat peluang.

Keadaan Sekarang.
Sistem akan mengenalpasti UserID mereka-mereka yang ada Login ke ruangan ahli portal Prepaid4U.Net dalam tempoh 7 hari sebelumnya. Sekiranya terdapat pelawat tanpa referral yang memasuki web prepaid4u tanpa referral ID sistem akan memberikan downline ini secara rawak kepada mereka-mereka ini sahaja.
Contoh: Si A telah melawat web Prepaid4U.Net dengan hanya menaip http://www.prepaid4u.net (tanpa memasukkan mana-mana alamat penuh web replika penaja pada 8hb Ogos 2007. Sistem akan memberikan downline ini tadi kepada mana-mana upline yang ada login ke ruangan ahli prepaid4u antara 2hb Ogos sehingga 8hb Ogos secara rawak untuk dijadikan penaja.

Dengan sistem ini:
1) Peluang untuk mendapatkan downline percuma menjadi lebih tinggi (kepada yang aktif)
2) Peluang prospek jatuh ke tangan upline 'mati/tidur' dapat di hapuskan.
3) Agent akan sentiasa login ke web prepaid4u dan tidak akan terlepas maklumat-maklumat terbaru dari kami.

P/s: Jangan hanya mengharap pada sistem randomizer. Promosikan alamat website anda sendiri bagi peluang mendapat downline yang lebih cerah.
Laman web anda adalah: 
http://prepaid4u.net/?id=___________


 

Sedikit Tips dan motivasi

Berkenaan isu 'kadang-kadang GATEWAY LEMBAB'.
actually masalah ni bukan sepanjang masa gateway lembab. kita kena faham. nanti bile kita kata macam ni agent2 lain semua rasa cam gateway sepanjang masa lembab. Sebenarnya server slow hanya terjadi pada waktu2 tertentu terutama peak hours. kerana masa nih biasanya bukan sahaja sms dari urusan mymode tetapi sms-sms dari semua pengguna telco juga.

ini kerana gateway kita sendiri menggunakan servis dari telco untuk menghantar SMS. saya ambil contoh sekiranya telco A membuat promosi free sms dari pukul 8 malam hingga 7 pagi. Jadi orang ramai akan berebut2 menghantar SMS time tersebut menyebabkan kesesakan pada rangkaian telco. Jadi sudah tentu SMS urusan mymode dengan Gateway juga akan terkesan. Kerana itulah kadang-kadang kita akan menerima SMS dari Hotlink mengatakan pada sekian-sekian haribulan tiada 'delivery report' akan diberikan. Ini kerana mereka sendiri telah menjangkakan perihal kesesakan ini.

Sebenarnya time peak hours nih bukan sahaja sms urusan dengan gateway, kadang-kadang time kita hantar sms pada member kita pun boleh pending sampai 3,4 jam. So kena fahamlah situasi ni.

------

satu lagi, saya jumpa satu kaedah dalam isu ini. ianya berdasarkan pengalaman saya sendiri. harap yang lain dapat kongsikan bersama-sama dengan yang lain.

Sekiranya rasa terlalu lambat takde reply dari GATEWAY, check terelebih dahulu di Mobile Lounge Mymode, dan klick pada menu "MyPoint Statement". Kebiasaannya sistem di web diupdate lebih awal, masalah hanya timbul akibat gateway mengalami kesesakan untuk menghantar SMS sahaja. Dan kebiasaannya ia mengalami kesesakan di server telco itu sendiri. Jadi bila korang check kat mobile lounge memang dah update, jumlah belian telah dipotong dan sebagainya sekurang-kurangnya kita dah pasti yg pembelian tadi telah diproses, cuma perlu menunggu SMS sahaja. Jadi kita boleh kata dengan customer, atau tunjukkan paparan di web berkenaan yang pembelian tadi dah pun diproses, cuma sms mungkin sampai lambat sikit.

harap info ini dapat membantu.

Jangan hanya Fokus kepada Penjualan Prepaid
Jangan hanya fokus pada penjualan. Fokus pada penajaan dan mengembangkan rangkaian downline. Kerana kerja berkumpulan jauh lebih besar impaknya.

Sebagai contoh: Jika anda hanya mempunyai modal sebanyak RM130 anda mungkin boleh menjual 13 keping Eload Maxis RM10 dan anda akan mendapat rebet sebanyak RM2.60, sebaliknya jika dengan modal RM130 anda menaja 2 orang agent baru anda telah mendapat RM20 (atau RM36 bagi mereka yang sudah MP).

Bayangkan sekiranya rangkaian anda berkembang dan terus berkembang contoh sekiranya anda mempunyai 1000 orang downline dibawah rangkaian anda, dan anda dapat overriding 5 sen dari setiap kali downline anda membeli prepaid untuk diri masing-masing (hanya sekadar contoh), anda telah mendapat RM50 dengan hanya gunakan mymode untuk topup diri sendiri setiap bulan. Bagaimana jika rangkaian anda mempunyai 10000 orang agent? atau 50000 orang agent? Hakikatnya profit margin prepaid memang kecil. Tapi jika volumenya besar, walaupun pulangannya hanya 1% ianya tetap akan jadi lumayan. Jadi kita perlu mencipta volume ini. Bukan dengan penjualan yang banyak, tetapi dengan membina rangkaian yang besar. Anda sendiri tidak akan menyangka perkembangannya lagi setahun dua ini. Teruskan usaha anda. Jumpa di puncak. Yakinlah, bahawa tiada apa yang mustahil.

Jika ada yang memperlekehkan "jual prepaid RM10 dapat 20sen, bila nak kaya?"
Maka suatu hari nanti anda akan berkata kepada mereka "Saya hanya beli prepaid RM100 untuk kegunaan sendiri, tapi dapat RM5,000" (sekadar contoh, hakikatnya ramai Agent kita yang telah memiliki pendapatan jauh lebih tinggi dari RM5,000) Bukan kerana dia aktif menjual, tetapi jaringan downline nya yang besar.

Beri penghargaan terhadap apa yang anda usahakan.
Agent yg bagus adalah agent yang merasakan "MyMode adalah perniagaan dia".
jadi bila kita merasakan mymode adalah perniagaan kita sendiri, sudah pasti kita akan menjaga nama baik company kita.
sudah pasti apabila mendapat komplain dari downline, kita akan menjawab dengan cara yg paling berhemah, berpandangan positif, dan memberikan alasan-asalan yang munasaba kenapa ia terjadi begitu. Periuk nasi kita, of course kena jaga.

contoh kalau kita bukak kedai makan, customer komplain "apa ni bro... order sket nyer lama tak dapat-dapat lagi ni!!!"
Apa yg anda akan jawab? Adakah anda akan jawab. "A`ah la! Celaka betul!! Apalah punya lembab tukang masak saya ni!!" atau pun anda akan cakap "sorry boss.. kebetulan ramai customer hari ni, tukang masak kita pulak tinggal sorang.. tu yg tak cukup tangan tu.. kejap yer boss.. memang tengah buat tuh... "

Saya sendiri bila menjawab kemarahan agent dibawah saya, nampak seperti saya 'pengampu company', tapi bagi saya ini bisness saya, ini company saya. Kalau saya sendiri tak boleh backing periuk nasi saya, macamana perniagaan saya nak untung? Bagaimana saya nak tarik orang untuk 'masuk ke kedai saya?'

Tapi dalam masa yang sama kita boleh komplain direct kepada HQ. bukan untuk mencari kelemahan, tetapi untuk kita perbaiki kelemahan yang ada...

 

Sila berkunjung ke Forum Prepaid4U di http://forum.prepaid4u.net sekiranya anda mempunyai sebarang kemusykilan, pertanyaan dan pendapat. Terlalu banyak ilmu yang boleh anda belajar berkenaan MyMode ini di forum. Kepada sesiapa yang masih belum mempunyai akaun untuk memasuki forum dan tidak tahu bagaimana untuk mendapatkannya sila baca tutorial di sini.

Selamat maju jaya!



Regards,

Adi Nor Jaffar
Founder of Prepaid4U.Net
6StarCM Agent.


Visit Our Forum: http://forum.prepaid4u.net
Visit Our Tutorial Web: http://mobile.prepaid4u.net
Watch Our Online Video: http://youtube.com/watch?v=zdxugsCxD-w
Visit Our Community Portal: http://www.speedfinger.org
MFactor Official Web: http://www.mfactor.com.my (under heavy construction)

» No Comments
There are no comments up to now.
» Post Comment
Only registered users can write a comment.
Please login or register.
Last Updated ( Tuesday, 15 April 2008 )
 
< Prev   Next >


spacer.png, 0 kB
spacer.png, 0 kB
spacer.png, 0 kB
spacer.png, 0 kB
spacer.png, 0 kB