|
__________________________________________________________________________ PERHATIAN!! Admin: Segala info dalam Newsletter ini adalah merujuk kepada masa di mana ianya ditulis. Sesetengah kenyataan dan informasi (cth: nombor gateway, pengumuman, promosi, pakej dan sebagainya) berkemungkinan tidak boleh lagi diguna-pakai untuk situasi sekarang. Ianya di terbitkan di sini hanya untuk rujukan sahaja. Harap Maklum. __________________________________________________________________________ Salam sejahtera, Di bawah merupakan beberapa testimoni dan antara kisah-kisah mereka yang membuat MyMode dalam group Prepaid4u ini dan juga termasuk pengalaman saya sendiri untuk bahan bacaan. Semoga sedikit sebanyak boleh memberikan manfaat kepada semua. Nama: Hasrol Amri Abu Yazid UserID: Master Assalammualaikum dan selamat sejahtera..
Sebelum tu ada diantara orang kita yang kadang-kadang fobia dengan internet business, takut rugi katanya... tapi itu adalah pandangan negatif. Padahal dengan adanya internet ni, 5-10 kali lebih mudah, jimat masa, x perlu jumpa orang, x yah kuar umah dan x yah buang minyak pg sana-sini..semuanya depan PC. Bayangkan dalam 5 - tahun lagi, time tu generasi baru sume dah hebat tentang PC... Mymode pulak lagi D'Boom.
Awal tahun haritu terjumpe website prepaid4u nih...time tu blurr lagi, Mymode rupanya.... sebelum ni penah gak dgr Mymode, tapi x larat cari orang secara tradisional. So prepaid4u ni adalah landasan yang betul untuk cari orang secara online, jika kita pikir betul2, konsep cari orang ni diantara tradisional dan online adalah sama saja malah secara online nih berganda2 senang bangat. Larat ke kita nak jumpe face 2 face nak ajak masuk? fikir sendiri, tapi dgn adanya prepaid4u ni kita just promote WEBSITE yang diberikan jer... TQ to admin prepaid4u a.k.a Bro Adi..
Sambung cite.. ok awal tahun haritu lepas kecewa dari kegagalan International Autosurf Program, terjumpalah prepaid4u nih.. time tu byar RM55 je seumur hidup...apa lagi try je la..tak rugi pun siap dapat rm 18 cr lagi. Pastu dalam sebulan promote2 sakan.. pastu macam malas dah nih (time tu dah giveup) n stop promote. Tapi yang hairan tu, minggu2 bonus masuk dalam HP setiap pg khamis (bila bgn tido hepi je), makin lama makin naik x miss miss. Semenjak tu tak pernah dah beli top-up card kat kedai Ah-Seng (mesti dia rindu).Pastu hati tergerak nak bukak website Mymode, tgk2 MAK AII ada 42 orang dalam rangkaian!! padahal time mula2 tu direct downline ada 7-8 orang je, patutlaa asyik dpt bonus je x habis2...itulah kehebatan networking, semenjak dari tu sendiri yang malu sebab stop promote. sekarang nih dah aktif balik laaa
So honestly, bonus x pernah miss every week sampai la ni...
Saya tak pandai membuat website sendiri tetapi mampu memperolehi RIBUAN RM!!
YA!!, saya langsung tak pandai membuat website, dan perkara ini bukanlah satu halangan BESAR bagi saya atau melemahkan semangat saya untuk mendapatkan income secara online. Saya bermula dari "O" (zero).... dan sehingga hari ini saya masih tak tahu membuat website(kurang celik It), setakat membuat blog tu bolehlah dan semua orang boleh membuat blog (blog saya www.prepaid4you.blogspot.com).
Kekadang tu sakit hati dan bengang pun ada kerana rakan-rakan saya pandai membina website dan saya mampu melihat sahaja (dalam hati mengimpikan sebuah website). Pernah juga terfikir kenapa tidak melanjutkan pelajaran di dalam bidang IT? tetapi sebaliknya melanjutkan pelajaran di dalam bidang lain...
Ini bukanlah halangan utama untuk mengambil bahagian di dalam alam IT dan mendapatkan income seperti orang lain ..Sesungguhnya prepaid4u memberikan sinaran kepada saya yang menyediakan website kepada setiap ahli yang register di prepaid4u.net ini. Apabila register di prepaid4u, saya telah mendapat satu website percuma (web saya www.prepaid4u.net/?id=master) dan sehingga kini saya ambil peluang itu untuk promotekan website yang diberikan sepuas-puas hati dan saya tahu tugas saya adalah untuk promote website yang diberikan ikut cara masing-masing.... Note: En Hasrol skang sudah berpangkat 6StarCM dan income Mymode nya pun dah cecah 5 angka Nama: Mariana Binti Adam UserID: ana77 2006 adalah tahun yang 'ONG' buatku... bulan mei aku berpindah tempat kerja dari shah alam ke putrajaya.. tempat baru aku adalah jabatan kerajaan yg baru wujud... ditubuhkan secara rasmi mac 2006...
oleh kerana itu pejabat baru... komputer pun tak dpt lagi... dan kerja pun tak der lagi.. minggu ke 3 bln mei aku dpt pc, apa lagi... aku pun menjaring la... jaring punya jaring.. aku terjaring web prepaid4u...aku baca dan telek... tanggal 30 mei 2006 aku mendaftarkan diri menjadi ahli mymode hasil daripada jaringanku...
aku main belasah buat jer mymode ni... aku promote kat kengkawan dan adik beradik ku... adik bongsuku (klu x silap) adalah network ke-5 ku... panduan yg ada dlm web tu aku compile jadikan buku panduan sendiri... jadi sesape yg aku promote aku bagi buku panduan tu. web prepaid4u adikku aku yg buatkan pasal dia tak guna internet.
2 minggu selepas itu(klu tak silap).... adik ku kata ada org message kat dia nak join mymode.. adikku tak tau ape2 jadi aku yg handle prospek yg ter-suf web prepaid4u adikku(agaknyer kot)....aku menghubunginya dan aku registerkan dia dibawah adik ku dan beri dia softcopy buku panduan yg telah kubuat itu.itulah downline pertama adikku.
hari demi hari....minggu demi minggu...bulan demi bulan... downline adikku semakin membesar(downline aku juga...) downline pertama adikku itulah yang menjadi kaki gajah ku di dalam mymode....di bawah rangkaian itu telah ada 3 orang star cm dan seorang 2 star cm.....
Syukur Alhamdulillah diatas rezeki yang telah dilimpahkan oleh Nya.... hari ini aku telah bergelar STAR CM..... tidak sia-sia aku menjadi ahli mymode dibawah prepaid4u... adikku telah menjadi senior cm..... aku star cm... jumlah network ku sehingga hari ini seramai 2,538 org. kini arah tujuku adalah untuk menjadi 2 star cm pula... walaupun masih panjang lagi perjalanan.. aku akan teruskan usaha...
wassalam... Nama: Zaidi Razali UserID: edyanie huhuhu...hari ni telah tercapailah hasratku untuk mencapai bintang pertama ku di mymode (STARCM). aku ambil masa 11 bulan lebih untuk mencapainya.. mungkin bagi kebanyakan orang, 1 tahun tu lama, tapi bagi aku, 1 tahun tu sekejap sahaja... aku tau ramai ejen di sini yang boleh capai dalam masa yang lebih singkat dari aku, tapi aku tak kisah, sebab aku jenis slow.. yang penting, aku terus bergerak walau kadang2 tu kena merangkak...akhirnya aku capai juga star cm ni..
sasaran ku selepas ini pastilah 2 star cm...berapa lama plak nak capai ye...bergantung pada usaha..kalau aku boleh laju, cepatlah aku capai..kalau slow, lambatlah sikit..yang penting, TERUSKAN...itu je cara nak berjaya dalam apa jua bidang..
papepun, aku kini sudah bergelar STAR CM..lebih tinggi pangkat dari ejen mymode yang join dulu sebelum aku tetapi PUTUS ASA ditengah jalan..ruginya mereka...aku harap kawan2 tidak menjadi seperti mereka ya..potensi sudah ada..pandang jauh kehadapan, jangan pedulikan halangan yang mendatang.. jadi, aku harap kawan2 jangan cepat melatah ya...teruskan langkah anda walau banyak cabaran..
gud luck semua kawan2 ku di prepaid4u
p/s: SERONOKNYAAAA JOIN MYMODE UNDER PREPAID4U.. THANKS BRO ADI ...
Downline aku jauh lebih hebat dari aku sendiri aku pun sebenarnya macam tak percaya jugak ngan statement kat atas..tapi itulah hakikatnya yang sedang aku alami.... ditakdirkan pada awl bulan 1 tuh, direct downline aku dapatlah sorang downline...namanya zul...mula-mula tu saya buat biasa je lah, beri nota panduan, tips, n followup dia.. dalam week pertama tuh, aku mula perasan kepoweran dia nih..dalam masa seminggu tuh, dia mula dapat beberapa orang downline...masuk jer 2 minggu, dia dah dah ada 8 orang downline...perggh...terkejut gak aku..bila aku tanyer, dia promote offline jer...setiap hari, team under dia semakin berkembang...
memang mengejutkan..aku yang dah 7 bulan nih, ru senior CM, tapi dia ru 2 bulan lebih dah senior CM....ui..sama tuh ngan aku....dia sekrang memang downline aku yang paling power...dalam 2 bulan lbih nih, ejen under dia dah 100 lebih... aku yakin, dia bila2 masa jer boleh potong pangkat aku...dan aku sebenarnya bangga aku dah dapat lahirkan sorang downline yang power yang mana tahu bagaimana nak develop network sendiri
APA TUJUAN AKU CERITA NIH?
1)Aku nak kawan2 tahu yang dalam mymode, setiap orang boleh dapat ganjaran lebih, bergantung pada usaha... 2)Tiada istilah UPLINE GOYANG KAKI DAPAT DUIT BANYAK dalam mymode...kalau anda fikir camtuh, anda memang lakukan kesilapan..sila betulkan mindset anda.. 3)Downline bila2 masa boleh lebih tinggi pangkat dan bonus lebih banyak dari upline. kalau anda lebih gigih dari upline anda, tak mustahil anda boleh dapat bonus lebih banyak dari downline...contohnya macam admin kita nih(xcaya, leh tgk statemenet kat web, en adi(admin) lebih banyak income dari en manan(upline admin) 4) Cuba latih downline anda supaya tahu bagaimana nak develop network mereka....ini penting supaya network anda lebih cepat berkembang...
so, teruskan langkah anda....redah dan patahkan sumer halangan yang cuba menghancurkan semangat anda...
p/s-hari ni sahaja, ada 3 orang daftar under dia... p/s-tips asas kejayaan dia masa mula-mula join-BACA DAN PAHAMKAN PLAN REWARD MYMODE- penting supaya anda yakin dan tahu kelebihan untuk explain pada prospek.. Nama: Wan Muhd Firdaus UserID: alabasta79 Sejak awal tahun 2006 lagi aku dah tau ada orang boleh beli prepaid pakai sms. Aku pun dok pusing-pusing dalam web carian Google mencari dengan kata kunci prepaid, reload, celcom, beli prepaid sms semua habis aku taip. Masa tu tak pasti pulak web prepaid4u ni dah ada atau still prepaid4u lagi.
Rasanya penah aku terjumpa web ni dan aku dah register free member. Malangnya lepas aku register free member dan baca website ala kadar aku terus close tanpa setkan dalam favaourite aku. Dan dah menjadi rutin aku lepas aku guna internet aku akan clearkan cache and history nya sekali konon taknak bagi PC lembab. Sekali bila aku nak bayar rm65 pendaftaran aku tergaru-garu kepala website mana yang aku masuk hari tu. Last-last terus cancel sebab tak dapat dikesan.
Aku surfing lagi ..tup-tup jumpa pulak r*********d. Tanpa berfikir panjang aku terus join. Aku malas nak baca pelannya sebab aku join untuk senang aku nak topup. Malas gi kedai. Sekali bila orang opis tau..ramai jugak yang beli topup kat aku. Dalam sebulan tu jualan aku boleh cecah RM3000++. Tapi bila aku kira balik macam tak balik modal. Mana taknya kalau kita hantar sms untuk beli topup, server dia akan cas kita. Dah la ramai beli yang 10 je. Jadi macam tak dapat apa-apa. Untung memang ada tapi tolak caj daripada gateway akhirnya aku yang ternganga dapat '0'. Sedar-tak sedar aku dah jual topup selama lebih setengah tahun.
Aku dah rasa malas nak jual topup. Bulan November 2006, entah macam mana aku terjumpa website ni sekali lagi. Mungkin dah ditakdirkan kot. Lepas pusing-pusing website prepaid4u dan faham serba sedikit tatacaranya, tanpa berfikir panjang aku terus bank in kat ADMIN melalui MAYBANK2U dan malam tu akaun aku dah diaktifkan. TQ ADMIN... Aku tak la susah sangat nak paham arahan-arahan sms dalam MYMODE sebab aku dah ada experience dalam r*********d selama 6 bulan.
Setelah aku tau adanya pangkat-pangkat dalam MYMODE, so aku set target aku nak capai yang tertinggi. Aku taklah buat mende ni 100%, kalau ada orang nak join aku daftarkan. Kalau ada nak mintak bantuan aku tolong mana yang patut.
Admin pun banyak membantu. Memang segan aku nak call dia sebab tau dia bukan mengadap PREPAID4u je, dia pun ada kerja dia sendiri. Downline pulak ribu-ribu orang. Aku takut dia takde masa nak mendengar masalah remeh dari MOBILE AGENT macam aku ni. Tapi lepas aku call dia, ternyata andaian yang aku buat tu semuanya TAK BERASAS, malah dia sanggup luangkan masa untuk selesaikan masalah aku. Masalah pertama yang aku tanya ialah kenapa bila aku register downline, bonus sign up tak masuk dalam minggu tu. huhuhu. THANKS.
Aku rasa bangga jugak nama aku ada dipaparkan kat Muka Depan web prepaid4u. Alah snapshot income yang bergerak-gerak tu.
Akhirnya, bulan MEI lalu aku dinobatkan dengan gelaran 5*CM. Alhamdulillah.
Tapi bila aku fikir balik, rugi betul tak join masa mula-mula aku jumpa website ni dulu. Aku rasa dah rugi 6 bulan. Di mana kalau aku join awal-awal, dalam masa 6 bulan tu aku dah dapat something dari MYMODE ni.
So kepada yang baru dalam Prepaid4u, jangan mudah putus asa. Semua orang yang ada dalam MYMODE ni bermula dengan Mobile Agent takde yang dilahirkan tup-tup 5*CM. Kitorang semua penah merasa weekly bonus 30 sen sama macam u all. Dan kini boleh mencapai ribuan sebulan.
USAHA DOA TAWAKAL Nama: Muhammad Musa Bin Ahmad UserID: mma_007 Assalamualaikum WBT dan Salam Sejatera!!!
Sdr Harri yang dihormati; Untuk makluman sdr, saya adalah salah seorang downline di bawah sdr yang telah mendaftar sebagai MA pada bulan September yang lepas melalui refferal website yang sdr iklankan di Berita Harian. Mungkin sdr masih ingat lagi pada peringkat awal dulu saya kerap hantar msg kat sdr tanya mcm2 psl MyMode ni sampai sdr pun naik jelak kot. Tapi saya solute lah psl sdr pun tak lokek utk respon balik. Peringkat awal saya joint MyMode ni memang sekadar nak guna sendiri jer, sbb tengok senangkan, tak yah nak susah2 pi kedai, kadang2 tu tengah2 mlm pun mana ada kedai bukak kan! So bila jadi agent ni nak topup pun senang jer, bila-bila masa boleh, sambil sarapan pagi ngan minum kopi pun boleh topup lagi, tengah rehat makan tgh pun ok, ptg2 sambil nengok tv pun tak kesah, bahkan mlm2 tengah terlentang atas katil pun boleh. Pendek kata senang giler lah kata bebudak sekarang ni kan!!! So dlm pada tu, ada gak saya citer2 kat member2 psl kebaikan MyMode ni, ramai gak yg minat tp tak taulah payah gak dia orang nak joint mungkin psl kena byr RM65 tu kot, yerlah nak biz takan nak free kot mestila kena kluar modal ckit kan!!!!! Tapi dlm slow2 tu, dlm tempoh 2 bulan pertama tu ada gak 4 org dah reg. bwh saya, so dah jd MM la kan!!! Tapi suma tu pun yg sy kempen cara mulut ke mulut jer (modal air liur) yg ikut internet takdak sangkut lagi pun.
Tu ari ada sorang kwn lama dok kl sy iklan guna msg, dia minat nak joint so sy suruh dia buka refferal website sy, terus dia reg free members. Pastu senyap jer, bila sy follow up sehari lepas tu rupanya dia dah reg. jd agent bwh org lain. Dia kata ada org offer dia reg. cuma bayar RM15. Tu yg frust tu! pada hal sebelum tu dia hapah tak tau psl MyMode ni. Berkali-kali sy hantar msg, email lagi mcm2 penerangan sy send kat dia utk mudahkan dia faham, bila dah faham ckit2, dia lawat refferal website sy, tp last-last reg. bwh org lain. Yg sy frust tu psl dia tu kwn, mmg kenal rapat masa sama2 keja kat kl dulu, dan lagi dia pun tahu kiranya sy ni bukan jenis kaki kelentong punya (bukan nak puji dirilah), kwn2 yg kenal sy mmg dia caya sy ni jenis cakap tak tipu punya. Tp tak sangka pulak dgn offerRM15 jer drp org lain yg langsung dia tak kenal dah lupa terus kawan, padahal yg mula2 kenalkan MyMode ni kat dia pun sy gak. Tp bila fikir2 balik biarlah mungkin bukan rezeki sy kan!!!!
So sy jadikan peristiwa tu sbg peniup semangat utk terus berusaha lebih giat lagi. Sy memulakan promosi dengan sebarkan phamplet, hantar msg dan email pd kwn2 dan hantar email dlm Yahoo Groups. Address dan tips-tips macam mana nak joint Yahoo Group sy dptkan drp Kimie. Walaupun kena bagi pengeras RM15 kat dia tapi sy tak kesah, sy anggap itu pun satu pelaboran gak. Tak dinafikan kaedah ni agak berkesan, ramai gak yg reg. free members di website sy, cuma sy kena rajin follow up plak la kan!!! Still keep on promote and follow up, mudah2an nanti ada gak yg sangkut.
Actually sy pun rajin gak buka forum tu baca apa2 yg depa tulis kat sana cuma sy jarang sgt post citer kat sana, sy suka tengok dr jauh jer sambil timba ilmu dan cari pglmn dr citer2 depa kat sana. Dari situ br sy dapat agak rupa2 nya sdr Harri ni pun among the top leader dlm group Prepaid4u.net ni yer!!!! Psl mula2 dulu sy pelik gak kenapa direct upline sy kat MyMode bukan nama sdr Harri, so skrg sy dpt agak tentu si Ilzam tu downline sdr Harri kan!!!! Anyway tak kesahlah maybe tu strategi sdr Harri utk bantu downline. Psl sy tengok set2 Prepaid4u.net yg berani buat iklan website dia kat BH tu mesti jenis yg dah stabil kan!!! Yer lah iklan berbayar tu bukan nyer free!!!! Terus terang sy sendiri belum sedia lagi nak buat iklan berbayar camtu. So sy giatkan promosi guna phamplet jer. T.kasih atas format phamplet yg sdr kirimkan tu. Tapi sebenarnya sy ada buat pindaan sikit dlm isi kandungan phamplet tsbt untuk menyesuaikan dengan suasana setempat dan situasi prospek. Kaedah ini agak lambat respondnya tapi tak dinafikan ianya juga amat berkesan. Kebanyakkan yg respond biasanya memang terus dah sedia nak reg. sbg Agent MyMode. Baru-baru ni 2 org lagi dah reg. sbg agent MyMode sbb baca phamplet yg sy edarkan. So skrg sy dah upgrade ke MP. InsyaALLAH target sy utk jd CM pertengahan bulan 12 ni mudah2an akan tercapai sbb skrang ni pun dah ada 2/3 org lg yg sedia utk joint tunggu masa jer.
Sorri psl sy ganggu sdr Harri ngan surat yg panjang lebar ni. Tujuan sy sebenarnya hanya sekadar nak hulur salam persahabatan spy kiter dpt kenal lebih rapat dan sentiasa ada contact antara upline ngan downline serta dapat gak kongsi pengalaman dalam mengusahakan biz MyMode ni. Sy mmg masih baru dlm biz MyMode ni n byk perkara yg perlu belajar lg terutama ngan otai2 mcm sdr Harri kan.
Sekarang ni sy ada kat PD selama 2 minggu start drp 3/12 - 16/12 sbb menghadiri kursus anjuran jabatan. Sy cuba menafaatkan masa perjalanan sy drp Sabah ke PD dan selama tempoh kursus ini untuk promosi biz MyMode ni. Sepanjang perjalanan tu hari sy edarkan phamplet, sasaran sy di surau2 di airport KK dan KLIA. Sebab senang kan sambil singgah Solat sy letak la phamplet tu kat sana. Dalam komuter pun, sambil sembang2 ngan org sebelah sy hulurkan phamplet. First day sy promote kat rakan sekursus yg duduk makan sebelah sy. Kebetulan dia baru rancang nak kluar lepas makan psl nak beli kad topup, sy pun offer dia beli kat sy. Terus dia beli RM10 celcom, bila dia tengok sy send tak sampai ½ min dah dpt pin no. Dia terus minat nak tahu. So sy pun citer2 la sikit psl kebaikan MyMode ni, InsyaALLAH dia mmg berminat dan sedia utk joint minggu depan sebelum kami balik drp berkursus. Masuk hari ke3 sy citer2 kat 2/3 org lagi psl MyMode ni terus 2 drpnya try beli kat sy celcom RM30 dan maxis RM10. Bila nampak dia org minat terus sy bg phamplet sorang satu. Sy tak push dia org utk joint terus biar dia org baca dulu lg pun sy masih ada masa dlm seminggu lg utk follow up sblm tamat kursus ni.
Pengajaran yg sy dpt setakat ni mmg benda ni senang nak citer kat org dan org pula senang nak faham lebih2 lg bila nmpk kemudahan yg kita dpt drp kaedah MyMode ni. Semua org yg dgr citer kita mmg kata benda ni bagus, tinggal lagi utk mereka terus joint mmg agak berat ckit la tak tahu kenapa? Tapi at lease kita dah citer dan selalunya drp 3/4 org yg kiter citer tu mmg ada sorang yg akan sedia joint, cuma kdg2 ambil masa sikit tp bila kita follow up dia org mmg sedia. Sy mula2 dulu pun rasa malu gak nak citer benda2 camni kat org sbb takut dia org tak nak dengar dll. Tp skrg sy dah rasa ok sbb kita bukannya nak push dia org utk terus joint, kita citer jer kebaikan/kemudahan yg kita dpt, pastu soal dia nak joint ke tak tu hak mereka.
So saranan sy kpd semua kwn2 Agent MyMode dlm group Prepaid4u terutamanya yg belum dpt downline lagi, tingkatkanlah usaha masing2 dan kuatkan semangat kita semua. BERTINDAKLAH SEKARANG JUGA!!! Sampai Bila Kita Nak Duduk Di Takuk Lama! Sedangkan Peluang Terbuka Luas Di Hadapan Kita! Langkah yang beribu bermula dari satu!!! Kejayaan ke puncak bermula dari setapak!!! Yang penting kita mesti sedia mencuba dan terus berusaha!!! Sertailah mereka-mereka yang telah berjaya!!! Kalau mereka boleh melakukannya, kita juga apa kurangnya!!! Serlahkan prestasi sebenar diri kita sendiri demi peningkatan sosio ekonomi diri dan keluarga!!! Kejayaan Tidak Datang Bergolek!!! Kita Mesti Sanggup Berusaha dan Berkorban !!! Namun !!! Jangan Biarkan Diri Kecundang Sebelum Berjuang!!! Setiap Usaha dan Pengorbanan Pasti Ada Hasilnya!!! Selamat Berjumpa Di Puncak Kejayaan!!! Cemerlang! Gemilang! Terbilang!
Akhir kata kalau ada tersilap kata atau terkasar bahasa, maaf jua yang saya pinta. Semoga berjumpa lagi di lain kali. Sekian, wassalam. Just nak kongsi berita gembira ni ngan suma kengkawan, hari ini 10.12.2006 tepat jam 09:58:51 sy dah bergelar CM bila adik ipar sy kat Seremban Jaya dah register sebagai MA. So tak sia2 kunjungan silaturahim sy drp PD ke sana, di samping dpt jumpa Bonda dan suma kaum klga dpt gak citer ttg biz MyMode ni kat mereka. Adik2 yg lain pun minat gak tapi belum sedia nak reg. lagi buat masa ni, so sy beri segala maklumat yg perlu kat adik ipar sy yg dah reg. ni spy dia mudah faham dan boleh follow up mereka yg lain nanti, so boleh jd DL dia pulak nanti kan. Dia pun dah semangat nak kembangkan biz ni kat kilang tmpat kerja dia. Kebetulan dia jadi supervisor kat sana dan dia kata mmg ramai prospek yg boleh diusahakan. Semoga dia berjaya dan sy janji utk sentiasa back up dia dan bantu dia dari masa ke semasa!!!
So nampaknya azam sy untuk jadi CM sebelum tengah bulan 12 ni dah tercapai lebih awal daripada yg ditarget. Syukur Alhamdulillah!!! ini mungkin berkat doa keluarga dan semangat yg sy dpt drp nasihat dan panduan kengkawan dlm ruangan forum ni. Ini semakin menguatkan semangat sy lebih2 lagi sbb ada 2/3 org lagi rakan sekursus kat PD ni dah yg janji nak joint dlm minggu ni. Jadi target sy seterus nya tentulah utk joint club CM sekurang2nya jadi JCM dlm tempoh 3 minggu dari sekarang (sebelum tamat bulan 12). Sy tahu mgkn ada kengkawan yg kata target sy tu slow ngat tp sy tak kesah lah sbb sy tahu setakat mana jer kemampuan sy kan. Kalu nak ikutkan dah masuk 3 bulan sy joint MyMode ni br dpt jd CM, mmg slow la kan. Tapi yang penting kita kena buat biz. ni berterusan, jangan mudah putus asa, insyaALLAH walaupun slow kita pasti ttp akan berjaya.
Setakat ni dulu coretan sy. Semoga ada di klgn upline2 sy yg sudi respond dan beri nasihat serta kata-kata semangat untuk meningkatkan lagi kesungguhan sy dlm biz. MyMode ni esspecially from sdr Harri.
Semoga berjumpa lagi. Sekian, wassalam. Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera!!! Apa khabar kengkawan semua? Saya just nak kongsi berita gembira ni dgn kengkawan. Itupun klu ada yg sudi baca..... sbb sy tengok kebelakangan ni forum kita dah tak seceria dulu lg......nampaknya ramai kengkawan yg familiar dlm forum ni pun dah mula menyepi.....mungkin u all suma tgh kerja keras utk mempromosikan mymode n nak capai target masing2 kot smpai tak smpat nak jengok/post berita kat forum ni.....but anyway semoga kita suma tetap setia dgn mymode dan jgn lupa kongsikan pengalaman dan kejayaan anda dlm forum Group Prepaid4u.net ni......
Sebenarnya baru semalam sy send msg kat sdr Harri tanya2 ckit psl camner nak lyk jd Senior CM ni!!! sbb problem sy kebelakangan ni direct DL sy agak slow wlupun sy dah letih suntik semangat mcm2 cara......... ada yg sy bantu/masukan bwh dia org smpai 4org DL tp dia org sendiri still mcm dah takder semangat jer!!! Ader tu dah dekat sebulan joint...... sale langsung tak bergerak!!! tu yg pelik ckit tu, dia org tak beli langsung ker???? at lease pun guna utk topup sendiri kan!!! dah naik lenguh jari ni tekan punat hp antar msg kat dia org, prepaid pun habis berpuluh2 ringgit tp..... ada gak la yg respond......tp ada gak yg buat derk jer!!!! tu kadang2 pening jgk dgn kerenah DL-DL ni??? masa nak joint dulu bukan main bersemangat saya ckit pun tak pernah push dia org utk joint......boleh katakan suma DL-DL sy joint dengan kerelaan hati sendiri dan penuh semangat lg tu masa mula2 nak masuk......tp tak tau lah camner sy nak buat lg..... nak kat tak sy support?(maaf cakap la yer!!! sy bukan nak puji diri ....tp suma yg mr admin nasihat dan petua2 yg kengkawan ada sebut dlm forum ni..... boleh katakan suma sy dah buat...... setiap bantuan tu sy bagi FOC jer takder kenakan byrn sesen pun...... )
Tapi syukur lah kerna ada pula DL leve2 dan DL level 3 yg aktif dan cepat berkembang..... sale dia org pun dahsyat2 ada yg smpai rm1,000 lebih seminggu.... tu yg jadi penawar kepada "kepeningan" sy tu..... ni sy dpt naik Senior CM pun sbb salah sorang DL level 3 sy dah dpt jd CM hari ni.......
Ok lah jumpa lagi lain kali dgn perkembangan yg diharapkan lebih memberangsangkan lagi!!!!! ......... Target seterusnya................... Super CM n Star CM!!!!!!! (Pn Aldrina agak2 sy boleh tak capai taget dpt Star CM dlm tempoh setahun mcm u ?) Nama: Muhammad Syukur UserID: student assalamualaikum... ni bonus aku setelah join selama 1 bln 3 minggu lbih kurang lar... aku join 16/9
MyRewards Statement For 9/2006 Weekly Rebate 9/2006 p2 : 3.52 Weekly Rebate 9/2006 p3 : 9.52 Weekly Rebate 9/2006 p4 : 18.42
-------------------------------------------------------------------------------- Total : 31.46
--------------------------------------------------------------------------------
MyRewards Statement For 10/2006 Weekly Rebate 10/2006 p1 : 35.22 Weekly Rebate 10/2006 p2 : 30.96 Weekly Rebate 10/2006 p3 : 10.74 Weekly Rebate 10/2006 p4 : 52.32 Weekly Rebate 10/2006 p5 : 59.46 Personal Sales Pool 10/2006 p1 : 11.06
-------------------------------------------------------------------------------- Total : 199.76
--------------------------------------------------------------------------------
secara kesimpulan yg aku bleh buat psl mymode ni... kalo nak dpt byk, aktifkan menaja... jgn malu2 nak cite kat org... jgn syok nak jual je tanpa penajaan... aku ni student lagi.. aku bgtau kat diorg... kalo bleh aku nak sume member join mymode ni... baik beli ngn diri sendiri dpd kat org lain...
advantagenya.... 1.penjimatan beli topup harga murah 2.perkhidmatan bleh beli 24 jam 3.peluang pendapatan bleh cari duit kocek kalo rajin...
k r... lain kali aku cite lg... doakan aku berjaya!!! alhamdulillah... arini dah dpt jd senior cm... ini sumer berkat doa kekwn... sbnrnya, sy geram tgk mr admin n his wife... mmg target nak jd mcm diorg or lg hebat!(heheh... jgn mrh...) tp... mslh sy ni... kekadg, org mcm x yakin ngn sy... ye r, umur br 18thn... ada x sesapa yg bleh bg idea... supaya prospek x persoalkan umur sy time sy promote kat prospek... heheh...
ok... semoga sukses untuk sumer!!! Testimoni Founder Prepaid4u.Net Ditulis pada 22 Jun 2006 05:41 pm | Tengah melilau-lilau dalam net tadi aku jumpa satu blog. Tak tahulah blog siapa. Tapi tulisannya buat aku berfikir. Kalau aku maintain dengan apa yg aku ada sekarang, the next five years, aku sendiri tak leh nak imagine camaner aku nak survive. Korang baca aku quote semula apa yang aku jumpa kat http://skandal.blogspot.com/
| 
| Quote: | | 
| Let's to do some calculations here. In Malaysia the average family income is RM3000 (Father works, mother doesnt). I understand there are a lot of families whose income don't reach RM3000, but, to make things simple, lets take RM3000 as the figure. ok la right?
Okay, let's start rolling with a family which has Papa, Mama, 1 daughter and 1 son. ngam ngam.. Calculation starts...
Electricity and water bil RM100 (no aircond, no home theatre, no water heater k?)Telekom and Handphone bil RM100 (cannot make a lot of calls one you know? NO Streamyx also)
Meal for the whole happy family RM775 (3 meals on RM25/day, RM25 for 4 persons????)Papa makan/teh tarik during working hours RM155 (RM5/day, RM5 can eat what?)
Car repayment RM400 (a proton saga aeroback, 7 years repayment)Petrol RM300 (Living in City, Jam) Go to work, bring son to school, only can afford one car running.
Insurance RM650, (kids, wife and myself). House repayment RM750 (Low cost housing repayment for 30 years, retired still have to work to pay house!)Tuition RM80 (got that cheap meh?? No, I don't think so)
Older children pocket money @ school RM20 (RM1/day, eat bread??)School fees RM30 (enough ah??)School books and etc etc. RM100 (always got extra to pay in school) Younger children milk powder RM50 (cannot have the DHA, BHA, PHA one, expensive Miscellaneous RM100 (shampoo, rice, sauce, toilet paper)
oh wait!!! I have to stop here, so... No Astro, no movie @ cinema, no DVD, no CD, no online, cannot KFC, cannot Mc Donald, cannot go Park walk during weekend(petrol expensive), no chit chat on phone with grandparents, and etc...
Let's use a calculator to total up... WALAO EI.. Shit! RM3610 already.. EPF belum potong, income tax lagi,........ oledi --- RM610... How to survive laa tuan-tuan dan puan-puan sekalian???
Our Deputy Prime Minister ask us to change lifestyle? How to change? Don't eat? Don't work? Don't send children to school and study? Besides that, I believe in Malaysia population, there are millions of Rakyat Malaysia which still don't earn RM3000/month!!! What is this? Ini lah Malaysia Boleh.. Sorry.. it should be Malaysians Boleh, because we're still alive and kicking!!
Our politicians must be mad!!!!!! | Hehehe.. Kadang-kadang nak gelak pun ada. Tapi tulah hakikat kita di bumi bertuah ini sekarang. Di mana pula kedudukan aku yang bergaji tak cecah RM3,000 ni? Abah aku kat kampung yg harap duit felda sebulan 4-5 ratus tu macamana pulak agaknya dia nak ubah 'lifestyle' dia.
"Buat part time laa... Cari duit lebih" Kata orang. Kalau Awie dalam movie boleh la. Siang jadi machanic, malam menyanyi di nite club. Tapi sembang senangla. Hari-hari bangun pukul 6:30 pagi, gi kerja kul 6:30 baru sampai kat rumah. Larat lagi nak kerja malam? Giler!
Mujurnya ada internet. Taman permainan aku dari dulu. Rupanya kalau kena gaya memang betul boleh buat duit. Kita perlu bergerak seiring dengan zaman. Lantas dari situ aku join satu MLM pasal SMS Prepaid yg terkenal dengan nama MYMODE.
Baru seminggu join, bonus pertama yang aku terima 30sen hasil dari pembelian topup card maxis RM10 dua keping untuk aku ngan bini aku. Member aku gelak tak hingat punya. Aku sengeh jer. Gelak la ngko puas-puas. Dia bertahun guna prepaid, usahkan 30 sen, seposen pun belum tentu apek kedai tu pulangkan balik duit dia!! Then aku surf kat internet baca pasal mymode. Kaji marketing plan dia. Aku cuba fahamkan betul-betul. Pas tu aku develop satu website simple jer. Start invite orang sikit-sikit untuk join. Itupun tak berani lagi nak ajak memember rapat. Takut nanti kena kutuk lagi. Adat orang melayu ni biler ajak buat something jer soalan pertama yang dia akan tanya
"Berapa income ngko sekarang buat menatang nih?" Bila kita bagi tahu karang sure kena perlekeh punya. Apa dia ingat hari ni buat, esok boleh dapat seribu ker? Jadi oleh kerana tak nak menjawab soalan-soalan bengong macam tuh aku invite orang yg aku tak kenal jer. Sari hantar email kat 3,4 orang. Esok lagi 2,3 orang. Memula tu takde sekor pun yg nak join. Well.. tiada paksaan dalam hal ni. Minggu pertama tu aku cuma dapat sorang jer downline. Aku nak putus asa ker? Nope! Sebab aku memang tahu mender ni ader potensi!!
Minggu kedua aku dapat bonus aku yang kedua, RM17.92 sen. Hehehe. Jadiklah.. rezeki Allah bagi. Itupun ader juga yang perlekehkan aku. Ada yang jumpa dalam chatroom boleh sound "camaner bonus RM17? ader lagik balance tak? boleh belanja kitorang minum.. Hahahah" Hehehe. Gelaklah sepuas hati korang!! Pada aku, dulu aku aku join MLM X, maintain jualan sampai RM130 sebulan, dekat setahun baru merasa bonus RM17 ni (sebab kena tunggu cukup 1000PV terkumpul). Skang ni aku cuma beli prepaid untuk guna-guna sendiri je. itupun dah boleh dapat macam ni, kira orait la. Balik-balik pun aku tetap reload gak handphone aku ngan bini aku.
The first 2 months memang slow gila aku dalam bab mencari orang ni. Nak explain pun tergagap-gagap. Nak pulak kalau yang tanya dalam telefon. Kalau tanya ikut email ni senang sikit. Tapi buat-buat confident jer la. seminggu sorang.. kekadang dapat 2 orang... Masuk 2 bulan aku dalam MYMODE, bonus mingguan aku dan maintain RM25-RM35 seminggu. Sedar tak sedar downline bawah aku dah ader dalam 28 orang (campur downline level bawah-bawah la. Direct downline aku masa tuh baru jer 6 orang). Bulan ketiga bonus mingguan dah naik antara RM45-RM60 seminggu. Ahaks.
"kekadang aku hairan bila ader orang yg memperlekehkan bila aku kata aku dapat bonus RM47.39 sedangkan diorang yang sama guna prepaid macam aku tak dapat sesen pun..."
Syukur. Suka aku. At least aku ader something untuk tambah income aku. Walaupun orang lain boleh dapatkan RM50 dengan 2,3 jam bekerja. Ah! Aku pun bukan mengadap mender ni sangat. Ader orang bukak website aku, minat nak register, aku registerkan. Tu jer. Lagi pun target aku bukan nak jadi kaya dengan 2,3 bulan buat sesuatu kerja. Aku kerja sekarang ni pun dah masuk 3 tahun. Tapi dari mula aku start sampai sekarang, increment tahunan baru dalam RM50 ke RM100 jer. Kalau aku buat MYMODE ni 3 tahun? Agak-agak dah berapa bonus aku boleh dapat? Jadi Aku set dalam kepala aku hanya nak tengok hasil dari usaha aku dalam MYMODE ni selepas setahun. Sebelum setahun nih berapa pun bonus yang aku terima, biarlah. Aku redha dengan rezeki aku takat tu jer.
Tapi masa terus bergerak. Masuk bulan ke-4, bonus mingguan dah naik jadi RM70-RM100 seminggu. Bulan ke-5, dah jadi RM150-RM200 seminggu. Skang nih dah 6 bulan lebih aku buat MYMODE, Bonus mingguan aku antara RM230-RM260 seminggu. Hehehe. So bermakna side income main internet aku dah cecah angka RM1,000 sebulan... Next month aku layak terima bonus bulanan pulak. Jangkanya kalau campur bonus mingguan, aku boleh dapat dalam RM1,500 ke RM2,000 sebulan. Tu dah nak menyamai gaji kerja aku sekarang. Arghh.. another 5 to 6 months to go!! Lepas nih aku nak goyang kaki pulak!
Dalam masa yang sama ader 2,3 member yg gelakkan aku pada mulanya dah mula celik mata. "Err... mymode ni apa sebenarnya..? Cer cerita sikit ngan aku. Aku dari dulu lagik kompius" Ahaks! Dia punya ayat... Tapi aku tak amik hati. Elok jugak kalau terbukak hati dier nak join. Aku pun boleh tolong.
Semalam dapat bonus untuk Minggu 2 bulan June (6/2006 p2). Dapat RM250.52. Syukur.. Modal aku kat situ cuma 2 keping prepaid Maxis RM30 jer. Aku memang tak pernah fokus pada penjualan prepaid pun. Lepas bayar bill streamyx untuk 2 bulan lepas. Itupun tak campur bonus Super MP. Sebab skang ni bonus Super MP semua akan dikumpulkan dah dibayar pada period 4 nanti (hujung bulan nyer bonus). Kat situ pun aku congak-congak ada dalam 2,3 ratus jugak. So bonus period 4 nanti kurang-kurang bleh cecah 4-5 ratus gak.
Kini dah setahun setengah aku buat MyMode. Walaupun cara hidup aku tak banyak berubah dari dulu sampai member aku pernah kata "Apa ni berbuka makan atas lantai?" tapi kebebasan kewangan yang aku impikan setahun yang lepas aku dah kecapinya sekarang. Sudah hampit 6 bulan aku berenti kerja dan sepenuh masa menggelek anak di rumah. Aku ada mini office kat ruang tamu rumah aku untuk buat kerja-kerja MyMode. Rumah mak kat kampung aku dah renovate dari papan jadik rumah batu. Aku dapat bantu modalkan abang aku bukak CyberCafe di Kuantan. Hutang PTPTN pun kalau dulu cuma mampu bayar RM100 - RM150 jer sebulan, kini aku dah mampu bayar RM500 sebulan bagi cepat sikit habis. Dah mampu belikan insyurans + education plan untuk anak aku. Alhamdulillah, walaupun tak kaya, tapi jika aku pandang semula setahun kebelakang, aku jauh lebih senang.
Mymode....
- Harap semua yang membaca boleh buat lebih dari aku. Sebab aku ni memang kategori slow. bonus downline aku pernah lebih tinggi dari bonus aku sendiri. sebab dalam mymode ni pendapatan bukan dalam bentuk piramid. saper aktif, income dia lebih. tak kiralah ngko upline ker ngko downline ker.
- Jangan terkesan dengan perlekeh orang kiri kanan ni. Kita takde duit bukan dia yang beri beras kat kita pun. Semangat kena kuat.
- Jangan target nak cepat kaya dalam mymode. biler korang fikir macam tu, biler dapat bonus 30-40 ringgit mulalah ngko putus asa. Fikir, mana lebih baik. Buat seminggu dapat RM1,000 lepas tuh takde, atau dapat RM50 setiap minggu, sampai kita tua?!
- Dalam mymode pendapatan kita konsisten. sebab agent semua akan tetap beli prepaid untuk kegunaan sendiri. Jadi income pun maintain. memula maintain 20-30 ringgit seminggu. Pas tuh downline makin ramai. Bonus kita maintain 50-70 seminggu pulak. lama-lama?
- Dalam mymode kita adalah bos kepada diri kita sendiri. bekerja ikut kemahuan sendiri. tiada desakan dan paksaan orang lain.
- Jangan pikir "aku join dah lambat.. semua orang dah join mymode aku nak taja siapa lagik?" Silap!! kita ada lebih kurang 18juta pengguna prepaid di malaysia. Sedangkan total agent mymode sekarang baru dalam lingkungan 200,000 orang. Peluang masih bapak luasnya. Remaja sekolah sekarang lagi 2,3 tahun akan meningkat dewasa. Dan jagi prospek kita juga tu. Peningkatan pengguna internet dan prepaid handphone kalau ikut trend dari tahun 2002 menigkat hampir 1 ke 2 juta orang setiap tahun.
- Income boleh diwarisi. Boleh pas simcard kat anak kita jer. "Nak... ni sim card 5-Star CM abah. Jaga elok-elok. tetiap bulan RM16,000 masuk dalam tuh."
- Letakkan target setahun untuk anda buat betul-betul Mymode ni. Selepas setahun tengok hasilnya. sebelum tuh, jangan kisahkan sangat. Bukannya anda perlu berhenti kerja untuk buat mender nih. Tengok dalam masa setahun yang mana lebih tinggi. Income dari gaji bulanan anda atau income dari bonus mymode anda. | | Semoga lepas membaca testimoni-testimoni ni dapat menaikkan semangat anda semua. Halangan memang ada. Semua yang dah berjaya sekarang semua pernah mengalami pahit getir yang anda alami sekarang. Tapi jangan kita cepat mengalah. Bak kata pepatah, "Bukan senang nak senang, Tapi tak susah nak susah"
Dibulan puasa dan musin perayaan ni, Ambil kesempatan yang ada untuk menaja ahli baru. Orang kerja gomen pun dah gaji. Bulan depan pun dijangka 10hb dah gaji lagi sebab nak raya. So RM65 untuk sebuah perniagaan apalah sangat... Jumpa anda di mercu jaya Yang benar, Adi Nor Jaffar Founder of Prepaid4U.Net 6StarCM Agent.
Visit Our Forum: http://forum.prepaid4u.net Visit Our Tutorial Web: http://mobile.prepaid4u.net Watch Our Online Video: http://youtube.com/watch?v=zdxugsCxD-w Visit Our Community Portal: http://www.speedfinger.org
» No Comments
There are no comments up to now.
» Post Comment
Only registered users can write a comment. Please login or register.
|